Friday, July 4, 2014

Penjagaan gigi dan gusi


Aspek yang terpenting bagi penjagaan gigi dan gusi ialah kebersihan mulut yang baik 
sama ada di rumah mahupun ketika di dalam bilik pembedahan bersama doktor gigi. 
Kebanyakan gigi hilang/tercabut disebabkan penyakit gusi dan masalah ini boleh diatasi 
dengan penjagaan di rumah yang sempurna dan temujanji berkala dengan doktor gigi. 
Kepentingan gigi primer (gigi susu) 

Sepertimana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya 
tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk 
mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa 
harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal 
tumbuh. Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting 
untuk melindungi anak anda dari kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan. 

Panduan Penjagaan Oral 

Baru lahir hingga 24 bulan 

• Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan 
sebelum tidur. 
• Elakkan membiar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali 
ia diisi dengan air kosong sahaja. 
• Mengatur tabiat makan anak anda. 
• Berhentikan anak anda secara beransur-ansur dari susu badan atau botol 
apabila mencapai umur 1 tahun. 
• Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama 
tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun. 
• Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas 
makan dan sebelum tidur. 
• Teruskan mencuci bahagian-bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa 
atau kain. 
• Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan 
florida. 

Umur 2-6 tahun 

• Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka 
mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan. 
• Mula menggunakan flos di bahagian-bahagian gigi yang rapat. 
• Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala. 

Umur 6-12 tahun 

• Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak 
di bawah pengawasan ibu bapa. Umur 8 tahun adalah purata umur kanak-kanak 
mampu memberus gigi sendiri. Manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila 
mencapai umur 10 tahun. 
• Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi 
yang disyorkan oleh doktor gigi mereka. 
• Menggunakan pengedap (sealant) untuk gigi geraham kekal. 
• Jika perlu teruskan mengambil florida tambahan seperti yang telah 
dipreskripsikan oleh doktor.

Sources : JKNselangor


No comments:

Post a Comment