Friday, July 4, 2014

Memberus Gigi Anak

Memberus gigi 

Jika boleh beruslah gigi anda setiap kali selepas makan. 
Jika tidak beruslah gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari - selepas sarapan dan sebelum tidur dan berkumurlah 
selepas setiap kali makan dan snek. 

Pemberusan yang sempurna melibatkan pemilihan dan penjagaan berus gigi serta penggunaannya yang betul. 





Ciri-ciri pemilihan berus gigi

Terdapat banyak jenis berus gigi yang boleh didapati dipasaran dalam pelbagai saiz, bentuk dan panjangnya. Ciri-ciri yang penting semasa memilih berus gigi ialah: 



• Pemegang yang mudah dikendalikan. 
• Kepalanya leper dan disesuaikan supaya boleh sampai ke mana-mana bahagian mulut. 
• Permukaan berus yang padat. 
• Bulu-bulu berusnya diperbuat daripada filamen nilon yang lembut, panjang 
menirus, anjal dan berbentuk bulat di hujungnya. 

Kaedah-Kaedah Memberus Gigi

Terdapat 3 kaedah memberus gigi yang boleh dipilih. Bagaimanapun, tidak kira teknik 
mana yang dipilih, ketelitian anda memberus yang menentukan kebersihan gigi, bukannya sekuat mana atau sekerap mana. Antara teknik memberus berikut yang boleh digunakan: 

• Letakkan kepala berus gigi pada sudut 450 di sisi barisan gigi. Dengan perlahan 
gosokkan di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan setiap gigi. 
• Letakkan berus gigi di sepanjang pangkal gigi-gusi dan berus dengan gerakan 
memusing atau menyapu menghala ke permukaan gigi. 
• Putarkan berus dalam gerakan membulat di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan gigi. 
• Dalam semua kaedah di atas, gusi dan juga lidah perlu di berus kerana ia 
biasanya mengandungi kuman. 

1. Gerakan membulat.: Putar berus dalam gerakan membulat dari pangkal gigi-gusi 
mengelilingi permukaan gigi. 
2. Gerakan menggetar : Pegang berus pada kedudukan 450 di sisi barisan gigi dan 
gosokkannya di sepanjang permukaan pangkal gigi-gusi dan di atas permukaan gigi. 
3. Gerakan menyapu: Letakkan berus pada pangkal gigi-gusi dan sapu atau 
pusingkan berus menghala ke permukaan gigi. 

Teknik memberus yang betul 

• Bersihkan permukaan luar gigi atas, diikuti dengan permukaan luar gigi bawah. 
• Bersihkan permukaan dalam gigi atas. 
• Bersihkan permukaan dalam gigi bawah. 
• Akhirnya bersihkan permukaan mengunyah gigi atas, diikuti gigi bawah.




Bila anda perlu berjumpa doktor gigi? 

• Anda merasa sakit gigi apabila memakan makanan yang manis, sangat panas atau sangat
sejuk. 
• Rasa dalam mulut yang tidak sedap berpunca darii makanan atau bakteria yang 
terperangkap di dalam rongga. 
• Gigi berlubang. 
• Gusi berdarah semasa memberus gigi. 
• Gusi bengkak, kemerahan dan sensitif. 
• Gusi menyusut. 
• Gigi longgar. 
• Terdapat ruang di antara gigi (gigi menjadi jarang). 
• Gigi yang terdedah di sepanjang garis gusi (pangkal gigi-gusi). 
• Nafas terus-terusan berbau. 
• Terdapat nanah di sekitar gusi dan gigi



Sources : Image: google , JKNselangor





4 comments: