Antara tips penting yang boleh dikongsikan adalah :
- Langkah pertama, pakaikan cloth diaper tanpa insert. Apabila sudah 'basah', si comel pasti akan rasa tak selesa. Terus bawa ke tandas untuk dibersihkan.
- Ulang langkah tersebut banyak kali sampai anak faham, kalau 'basah' mesti pergi tandas
- Latihan ke tandas ini untuk buang air kecil dulu. Bawa anak ke tandas setiap 1 jam. Tanyakan samada dia nak buang air tak. Sambil-sambil tu bunyikan suara sshhhyyyy...shhhyyyy... :)
- Perkara biasalah kalau 'terlepas' di merata-rata tempat. Sabarrrrr..... Sediakan baldi, mop dan kain lap seawal pagi. Senaman buat para ibu. Bila lagi kan?
- Jangan sesekali marahkan anak kalau dia terkencing di merata-rata tempat. Hal ini akan melemahkan semangatnya. Sebaliknya, hanya katakan perkara yang betul iaitu " Abang buang air kat tandas ye. Katil tempat nak tidur." T__T
- Akibat selalu dipesan dengan kata-kata yang baik, insyaAllah akhirnya anak berjaya pergi ke depan bilik air jika terasa mahu membuang air. Kata-kata orang tua terhadap anaknya adalah doa mustajab!
- Jika anak sudah pandai buang air di tandas, percayalah air besar juga dia akan pandai dengan sendirinya.
- Boleh cuba pakaikan seluar dalam pada anak. Tak perlu lagi cloth diaper atau diapers. tapi ini hanya di rumah tau.
- Apabila percubaan buang air besar dah berjaya, maka bolehlah ajar anak mem'buang' betul-betul di mangkuk tandas.
- Kalau nak pergi jalan-jalan, sebelum keluar rumah atau tiba sahaja di destinasi, pergi bilik air dahulu. Tanyakan tentang 'hajat' anak.
- Dalam kereta, alas dengan kain atau alas plastik kalis air kalau ter......
- Akhir sekali, elak daripada menggunakan ‘training pants’ untuk melatih anak anda ke tandas. Ia boleh mengundang lebih banyak kekeliruan kepada anak anda sekali gus mendorong si manja untuk terus menggunakan lampin. Sebaliknya, ibu bapa perlu menyediakan tandas yang bersesuaian untuk kegunaan si manja. Lakukan latihan tandas ini bersama-sama dengan pujian dan galakan daripada anda. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk menghentikan si manja menggunakan lampin.
Selamat mencuba!
Source : Blog Bersalin dengan tenang
Karangkraf Pa & Ma
Pic : Google
Thanks... Done #dicy Kurniawan Tan
ReplyDeleteCara efektif melatih si manja ke tandas dan berdikari: http://www.boxingpartner.com/products/Foldable-Toilet-Bowl-01/83
ReplyDelete