Tuesday, May 20, 2014

Bacakan buku untuk anak tersayang




Dari kecik cik mia suka baca buku..

Mengajar anak anda membaca adalah suatu proses yang perlu dimulakan sejak mereka di dalam buaian lagi. Saya tidak bermaksud agar mengajar bayi anda yang belum pun tumbuh gigi mengenal ABC !.... Tetapi apa yang saya galakkan adalah agar anda luangkan masa sekitar 3-5 minit untuk bacakan buku-buku kepada mereka.

Aktiviti membaca untuk bayi anda bukan sahaja sebagai peluang untuk mengeratkan hubungan antara anda dan bayi, bahkan dapat menanam rasa cinta mereka kepada buku.

BERAPA KALI ? Sejujurnya, terpulang kepada anda dan keadaan bayi anda. Cubalah letakkan sasaran mungkin 3-5minit sehari, sebuah buku sehari. Tengok kesesuaian... yang PALING PENTING bacalah apa-apa yang bayi anda memberi respond yang dia RASA SERONOK

Langkah yang saya kongsikan ini mudah sahaja, harap dapat membantu kepada ibu-ibu muda khususnya, lagi-lagi untuk kaum bapa yang mungkin agak kekok 'bermain' bersama bayi anda (jangan marah ya che abang semua)

LANGKAH 1 : PILIH MASA YANG SESUAI

Saya nak cakap pagi paling sesuai tak tepat juga, sebab ada bayi yang meragam waktu malam (mak yang tak tidur) dan tidur sepanjang siang... jadi, anda tentukan sendiri waktu yang sesuai

Sometime x baca pun.. di belek2 jer book tu...

 LANGKAH 2 : PILIH BUKU YANG SESUAI

Seperti yang saya sebut tadi, kita bukannya nak mengajar bayi ABC, tetapi ingin membacakan buku untuknya. Saya kira, yang sesuai adalah buku yang banyak gambar (tak ada perkataan pun tak apa).


Tak tahu la read book tu mcm mana.. senget.. (macam salah je pegang)

LANGKAH 3 : RIBA BAYI ANDA

Riba, atau dudukan dia dan peluk dari belakang seperti gambar diatas juga boleh.. yang penting ada "body contact"



LANGKAH 4 : GUNAKAN JARI

Ya... guna jari dan tunjuk pada gambar yang anda bercerita kepadanya... tujuannya supaya dia tahu anda sedang bercerita tentang apa dan yang mana

LANGKAH 5 : GUNAKAN ITONASI SUARA & KREATIVITI

Jangan baca mendatar sahaja... sebaliknya gunakan itonasi suara turun dan naik (pernah tengok pertandingan bercerita tak? ha, macam tu la). Gunakan kreativiti juga, walaupun buku itu cuma ada gambar sahaja.

Saya bagi contoh ya, katakan ini buku yang anda bacakan untuk bayi anda



Jangan stereotype " this is sam and olivia...."

tapi kreatif lah... "lihat ni adik, nie thaqif, nie adik. Adik nak pergi beach. tgk baju adik cantik kan?
 (kemudian buat expresi suka sebab baju adik cantik.... yeaaa "clap ur hand')

Macam mana? Sudah terbayang sesi membaca yang menyeronokkan?

bolehla mencuba. biasakan mereka dengan buku supaya tidak kekok apabila jumpa buku. n klu boleh jadikan hobi.
Untuk #anakayahibu ni, lebih prefer read book time nak sleep.
so, setiap kali nak tido cik mia akan bawak buku + botol susu + bantal busuk dia sleep sebelah ibu untuk ibu read book. dah jadi routine dia tiap-tiap hari =)

time to sleep...



Sources : FB Junior Aulad 

Kat sini ada jual buku-buku terbaik untuk anak anda. boleh review kat situ ok 



No comments:

Post a Comment