Friday, June 20, 2014

Makaroni Goreng Special - 2-6 Tahun


Bahan-Bahan (Hidangan untuk 4 orang)

  • 150 g (12⁄3 cawan) makaroni, dimasak dan ditoskan
  • 200 g (2/4 cawan) daging, dibuang lemak dan dicincang halus
[Dihiris]
  • 30 g (6 biji) cendawan butang
  • 30 g (1/2 biji) lada benggala merah
  • 30 g (1/2 biji) lada benggala hijau
  • 120 ml (1/2 cawan) sos tomato
  • 80 ml (1⁄3 cawan) tomato
  • 180 ml (2/4 cawan) stok daging lembu rebusan sendiri
  • 26 g (2 sudu makan) marjerin
[Dicincang]
  • 25 g (5 ulas) bawang putih
  • 3 g (1/2 biji) cili hijau
  • 3 g (1/2 biji) cili merah
  • 50 g (2 biji) bawang besar
  •  Garam secukup rasa
  • Hiasan: daun ketumbar, bawang goreng

Cara memasak

  1. Panaskan marjerin di dalam kuali dan tumis bahan dicincang hingga wangi.
  2. Masukkan sos tomato, pes tomato, stok daging lembu dan daging kisar.
  3. Kacau dan masak sehingga daging masak dan lembut.
  4. Masukkan makaroni, lada benggala dan cendawan butang. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Hiaskan sebelum hidang.

Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.
*Sumber Gambar dari Buku yang sama
Sources : Keluarga Baru

4 comments:

  1. Yang 19 tahun ni pun nak :D
    Hahaha.


    **SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
    http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... boleh ajer.. enjoy wt macaroni goreng special...
      Thx singgah my dear... =)

      Delete
  2. nak cube.. bestnye blog ni.. ade banyak resepi makanan salam ukhwah dari fifi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ukhwah... terima kasih sudi singgah.. Insy'ALLAH akan mencari lebih bnyk menu menarik untuk semua =)

      Delete