Apa yang dimaksudkan dengan pertumbuhan gigi?
Pertumbuhan gigi ialah proses gigi tumbuh di dalam mulut bayi/ kanak-kanak. Biasanya pertumbuhan gigi ini akan menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.
Apakah tanda-tanda yang menunjukkan gigi anak anda tumbuh?
Dalam proses pertumbuhan gigi, anak anda mungkin :
- Menangis kerana tidak selesa
- Suka menggigit atau mengunyah
- Melelehkan air liur
- Demam (suhu badan meningkat sedikit)
Pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan gangguan kesihatan yang teruk seperti demam panas dan cirit birit. Sekiranya ini berlaku, anak perlu dibawa ke klinik/ hospital dengan segera.
Apa yang boleh anda lakukan bagi melegakan rasa tidak selesa semasa pertumbuhan gigi?
Cuba petua di bawah untuk melegakan rasa tidak selesa anak anda:
- Berikan benda yang keras, bersih dan selamat untuk digigit seperti gegelang gigitan.
- Berikan ubat penahan sakit jika perlu.
Peringatan
Sapu sedikit gel penahan sakit pada gusi yang berkaitan kerana anak kecil tidak pandai meludah dan mungkin tertelan gel yang berlebihan.
Jadual pertumbuhan gigi
Rajah berikut menunjukkan peringkat pertumbuhan gigi susu
Kacip ( insisor ) pertama atas
Kacip kedua atas
taring ( kanin ) atas
geraham ( molar ) pertama atas
Geraham kedua atas
Jenis gigi | Pertumbuhan gigi susu (usia anak) |
---|---|
Gigi kacip | (insisor) 6 - 9 bulan |
Gigi geraham | (molar) pertama 12 - 15 bulan |
Gigi taring | (kanin) 18 - 20 bulan |
Gigi geraham; | (molar) kedua 24 - 36 bulan |
Sources : Google & http://www.myhealth.gov.my/
No comments:
Post a Comment