Friday, June 20, 2014

Kuey Teow Sup Daging - 1 Tahun keatas


Jom cuba resepi kuey teow bersama daging cincang dan sup tomato khas untuk si kecil anda!

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 4 orang)

  • 200 g (2 cawan) kuey teow, dibilas dengan air suam
  • 160 g (1/4 cawan) daging tanpa lemak, dicincang halus
  • 30 g (4 biji) bebola ikan, dipotong dadu
  • 50 g (5 ekor) udang bersaiz sederhana, dibuang kulit dan dipotong dadu
  • 25 g (1 biji) tomato, dipotong dadu dan dibuang kulit dan bijinya
  • 40 g (1/2 cawan) daun sawi, dicincang halus
  • 40 g (1/2 cawan) taugeh
  • 20 g (2 biji) bawang merah, dihiris halus
  • 5 g (1 ulas) bawang putih, dicincang
  • 15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
  • 500 ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak sayuran sehingga
  2. ia kekuningan. Masukkan pati ayam dan reneh selama 10 minit.
  3. Masukkan daging cincang dan rebus sehingga masak. Kemudian, masukkan
  4. udang dan bebola ikan.
  5. Masukkan daun sawi, taugeh, tomato dan rebus selama 5 minit.
  6. Akhir sekali, masukkan kuey teow dan garam secukup rasa.
  7. Tutup api sebaik sahaja ia mendidih. Hidangkan suam.

Cadangan

Anda boleh juga menggunakan mi, bihun, atau pasta.

Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.
*Sumber Gambar dari Buku yang sama
Sources : Keluarga Baru

No comments:

Post a Comment