- Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.
- Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.
- Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.
- Selepas berwuduk jangan dilapkan air wuduk sampai kering. Hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita contohnya lebihan wuduk di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
- Tinggalkan pesanan ketika anak sudah 'hampir' terlena. Menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya. Bisikkan semua pesanan masa tu..“Walaupun anak kita tido,tapi rohnya tidak tidur”.
- Baca surah Taha ayat 1-5 kat telinga anak masa dia tidur.
- Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
- Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1x.
- Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".
Berkongsi maklumat untuk para Ibu & Ayah buat anak-anak tercinta dalam proses pembesaran mereka. Semoga Bermanfaat untuk semua
Tuesday, June 3, 2014
Petua Agar Anak Dengar Cakap Ibubapa Dan Menjadi Anak Yang Soleh Solehah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment