Tuesday, June 3, 2014

Anak-anak dan Sifat-sifat Semulajadi

Kategori sifat2  yang menggambarkan anak2 :

  1. Kategori A
    • Anak yang bijak dan kuat berfikir.
    • Suka garis-panduan jelas, menyusun barangannya secara logikal, amat fokus jika membuat sesuatu, berfikir dengan dalam sebelum membuat sesuatu.
    • Amat banyak memerhati dengan fokus tajam, berhati-hati, menjaga perasaan orang lain, mengawal kelakuan. 
    • Suka menyelesaikan puzzle, boleh berfikir secara mendalam dan kreatif, 
    • Berperwatakan kemas, selalunya kurus.
    • Suka bersendiri, pendiam, pendendam, sensitif, tidak berkongsi perasaan tetapi mahukan orang lain memahaminya.
    • Takut membuat kesalahan, tidak mengambil risiko, banyak berfikir tentang masalah
  2. Kategori B
    • Anak yang amat mudah dijaga, senang dikawal, mengikut arahan, menyejukkan hati
    • Menjadi tempat untuk menceritakan masalah, tekun mendengar masalah orang lain tanpa banyak komen, sabar
    • Tidak mengambil kisah atau pihak, mengambil jalan tengah, selamat atau mudah, mengelakkan konflik
    • Tidak mengambil risiko, berperasaan stabil, tidak sensitif, tidak keras hati atau kepala.
    • Berperwatakan sederhana, selalunya berisi.
    • Perlukan arahan atau suruhan berterusan, tiada inisiatif sendiri, selalu menangguh sesuatu
  3. Kategori C
    • Anak yang menghiburkan hati dan menceria suasana.
    • Mahukan populariti, mahu jadi tumpuan, banyak cerita dan ramah, senang membuat kawan,
    • Suka keramaian, jika bersama kawan-kawan akan riuh suasana dengan jeritan dan gelak ketawa.
    • Berperwatakan 'cute' atau comel, mata bulat, manis.
    • Tidak suka garis-panduan atau peraturan, tiada istilah mengemas di dalam hidupnya.
    • Susah mengingat sesuatu, tumpuan tidak lama, tidak selesa berseorangan, jarang memikir perasaan orang lain.
  4. Kategori D
    • Anak yang boleh diharap menyelesaikan sesuatu tugasan 
    • Seolah-olah tidak perlukan ibubapanya kerana amat berdikari.
    • Selalu melantik diri sebagai ketua diantara kawan-kawan.
    • Keyakinan tinggi, 'bossy', amat aktif, selalunya hyperaktif, sentiasa ada sahaja aktiviti yang dilakukannya
    • Sukakan sukan atau aktiviti lasak.
    • Tidak menjaga perasaan orang lain, tidak gentar dengan orang lain mahupun orang dewasa.
    • Jarang mengikut peraturan, kecuali peraturannya sendiri.
Secara semulajadi, anak-anak anda mungkin tergolong di dalam salah satu daripada kategori-kategori ini. Pembahagian kategori ini bukanlah untuk melabel anak-anak, tetapi adalah panduan untuk lebih mengenali dan memahami mereka supaya perubahan positif sentiasa dapat dilakukan. Setiap kategori anak-anak mempunyai kekuatan, kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Dalam memupuk akhlaq mulia di dalam diri anak-anak melalui kaedah-kaedah yang telah disebut sebelum ini , sifat-sifat semulajadi anak-anak amat penting diperkirakan. Mengambil kaedah secara pukul rata untuk semua anak-anak yang berlainan sifat akan menghasilkan kesan yang berbeza-beza.

Mengadakan 'house-rule' atau 'family-rule'.
  • Kategori A : Amat sesuai dengan anak-anak kategori ini kerana peraturan yang tetap selari dengan 'modus-operandi' jiwa mereka. Jika berpeluang, jelaskan kepada mereka sebab sesuatu peraturan itu diadakan. Memahami sesuatu perkara umpama makanan untuk minda mereka.
  • Kategori B : Anak-anak kategori ini selalunya tidak akan melanggar batasan sesuatu peraturan. Tetapi jika peraturan itu melibatkan tugas-tugas tertentu seperti membuang sampah, mencuci pinggan dan sebagainya, anda mungkin perlu selalu memperingati mereka.
  • Kategori C : Selalunya anak-anak kategori ini tidak mempedulikan peraturan. Jika anda memintanya menyenaraikan perkara-perkara yang dia tidak boleh lakukan di rumah, mungkin ia hanya boleh menyenaraikan 3 daripada 10. Untuk menggalakkannya mengikuti peraturan, pastikan peraturan menjadi sesuatu yang menyeronokkan seperti melakukannya bersama-sama, ada ganjaran, atau berlumba menyiapkan tugasan, sambil menyanyi dan sebagainya.
  • Kategori D : Jika anak-anak kategori ini tidak percaya dengan peraturan anda, ia tidak akan takut untuk melanggarnya. Tetapi sebaliknya, jika ia mempercayai peraturan tersebut, anak inilah yang anda boleh harapkan untuk menguatkuasakan peraturan kepada anak-anak yang lain. Anak ini selalunya perlu memahami matlamat sesuatu peraturan untuk diterima di dalam hidupnya. Ataupun, jika ada peraturan baru yang hendak diperkenalkan, libatkan anak ini dalam membuat keputusan.


Sumber 
[Ibubapa Cemerlang]

No comments:

Post a Comment