Oleh itu, adalah penting untuk kita sebagai ibu bapa mencari jalan penyelesaian terhadap permasalah ini sebelum ianya terlambat.
Berikut adalah 9 tips dan cara untuk meningkatkan selera makan anak anda:
- Sajikan makanan dalam kuantiti yang sedikit bersesuaian dengan usia dan saiz perut anak anda
- Berikan anak anda variasi menu dalam pemakanan hariannya
- Gunakan kreativiti untuk menghias makanan si manja semasa menyediakan makanan anak anda supaya dapat menarik minatnya untuk makan
- Jadikan waktu makan sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan
- Sediakan satu jadual pemakanan dan ikut jadual tersebut secara disiplin: ini akan mengajar anak anda untuk terbiasa dengan routine pemakanan hariannya
- Jangan gunakan paksaan dan kekerasan ketika memujuk anak untuk makan. Alihkan juga perhatian si manja daripada sebarang gangguan seperti televisyen dan sebagainya.
- Libatkan anak dalam proses penyediaan makanan: perkara ini membuatkan mereka merasa lebih dihargai
- Hadkan pengambilan air semasa makan: sekiranya anak anda mengamalkan pengambilan air yang terlalu banyak ketika makan, ini akan membuatkan mereka merasa kenyang dan tidak mahu makan lagi
Sources : Google
No comments:
Post a Comment