Showing posts with label Resepi Anak. Show all posts
Showing posts with label Resepi Anak. Show all posts

Friday, June 20, 2014

Makaroni Goreng Special - 2-6 Tahun


Bahan-Bahan (Hidangan untuk 4 orang)

  • 150 g (12⁄3 cawan) makaroni, dimasak dan ditoskan
  • 200 g (2/4 cawan) daging, dibuang lemak dan dicincang halus
[Dihiris]
  • 30 g (6 biji) cendawan butang
  • 30 g (1/2 biji) lada benggala merah
  • 30 g (1/2 biji) lada benggala hijau
  • 120 ml (1/2 cawan) sos tomato
  • 80 ml (1⁄3 cawan) tomato
  • 180 ml (2/4 cawan) stok daging lembu rebusan sendiri
  • 26 g (2 sudu makan) marjerin
[Dicincang]
  • 25 g (5 ulas) bawang putih
  • 3 g (1/2 biji) cili hijau
  • 3 g (1/2 biji) cili merah
  • 50 g (2 biji) bawang besar
  •  Garam secukup rasa
  • Hiasan: daun ketumbar, bawang goreng

Cara memasak

  1. Panaskan marjerin di dalam kuali dan tumis bahan dicincang hingga wangi.
  2. Masukkan sos tomato, pes tomato, stok daging lembu dan daging kisar.
  3. Kacau dan masak sehingga daging masak dan lembut.
  4. Masukkan makaroni, lada benggala dan cendawan butang. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Hiaskan sebelum hidang.

Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.
*Sumber Gambar dari Buku yang sama
Sources : Keluarga Baru

Kuey Teow Sup Daging - 1 Tahun keatas


Jom cuba resepi kuey teow bersama daging cincang dan sup tomato khas untuk si kecil anda!

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 4 orang)

  • 200 g (2 cawan) kuey teow, dibilas dengan air suam
  • 160 g (1/4 cawan) daging tanpa lemak, dicincang halus
  • 30 g (4 biji) bebola ikan, dipotong dadu
  • 50 g (5 ekor) udang bersaiz sederhana, dibuang kulit dan dipotong dadu
  • 25 g (1 biji) tomato, dipotong dadu dan dibuang kulit dan bijinya
  • 40 g (1/2 cawan) daun sawi, dicincang halus
  • 40 g (1/2 cawan) taugeh
  • 20 g (2 biji) bawang merah, dihiris halus
  • 5 g (1 ulas) bawang putih, dicincang
  • 15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
  • 500 ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak sayuran sehingga
  2. ia kekuningan. Masukkan pati ayam dan reneh selama 10 minit.
  3. Masukkan daging cincang dan rebus sehingga masak. Kemudian, masukkan
  4. udang dan bebola ikan.
  5. Masukkan daun sawi, taugeh, tomato dan rebus selama 5 minit.
  6. Akhir sekali, masukkan kuey teow dan garam secukup rasa.
  7. Tutup api sebaik sahaja ia mendidih. Hidangkan suam.

Cadangan

Anda boleh juga menggunakan mi, bihun, atau pasta.

Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.
*Sumber Gambar dari Buku yang sama
Sources : Keluarga Baru

Sandwic Mini - 1 Tahun


Bahan-Bahan (Hidangan untuk 4 orang)

  • 8 keping roti mil gandum penuh
  • 50 g (5 sudu makan) tuna dalam tin (dalam air), ditoskan
  • 15 g (2 keping) daun salad
  • 25 g (1 biji sederhana) tomato, dihiris
  • 50 g (¹⁄5 biji) timun, dihiris
  • 50 ml (3 sudu makan) yogurt perisa asli
  • 2 keping keju Cheddar

Cara Memasak

  1. Campurkan tuna bersama yogurt
  2. Letakkan sehelai daun salad di atas sekeping roti.
  3. Sapukan tuna di atas salad, kemudian letakkan tomato, timun dan tutup dengan keju cheddar.
  4. Tutup lapisan dengan sekeping roti.
  5. Potong sandwic secara serong kepada 4 bahagian dan hidang.

Cadangan

  • Tuna boleh digantikan dengan sardin, telur, atau hirisan daging sejuk beku.
  • Gantikan roti dengan roti yang lain seperti roti pita dan roti tortilla.

Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.
Sources : Keluarga baru

Resepi Sihat Roti Bakar ala Perancis (1-3 tahun)


Bahan-bahan:
  • 4 keping roti
  • 80ml (1/2 cawan) susu penuh krim
  • 2 biji telur, dipukul
  • 15ml (1 sudu makan) minyak sayuran
  • 5ml (1 sudu teh) madu – optional
  • 2g (1/4 sudu teh) serbuk kayu manis – optional
  • Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
  1. Pukul telur sehingga kembang.
  2. Masukkan susu penuh krim, garam, madu, serbuk kayu manis dan kacau sehingga sebati.
  3. Celupkan sekeping roti menggunakan garpu ke dalam adunan satu per satu. Celupkan sehingga roti sebati dengan adunan tetapi tidak terlalu lama agar roti tidak lembik dan hancur.
  4. Goreng roti dengan sedikit minyak sayuran di atas kuali kecil dengan api sederhana dalam 2-3 minit pada setiap bahagian sehingga emas keperangan.
  5. Tekan roti di atas kuali dengan sudip untuk mendapatkan roti rangup ala Perancis tetapi pastikan tidak hangus.
Cadangan:
Hidangkan roti bakar dengan sirap maple, madu atau keju.
Kandungan nutrien setiap satu hidangan:
Kalori: 155 kcal
Karbohirat: 17.8 g
Protein: 5.3 g
Lemak: 7.0 g
Sumber resepi dan gambar: Nutriweb & Keluarga Baru

Quiche Mi Segera bersama Sayur - 2-6 Tahun


Bahan-Bahan (Hidangan untuk 4 orang)

  • 80 g (1 paket) mi segera tanpa goreng (tanpa perencah)
  • 100 g (½ cawan) sayur campur (kacang, jagung, lobak merah)
  • 3 biji telur, dipukul ringan

  • 45 ml (3 sudu makan) susu
  • 60 g (½ cawan) keju, diparut
  • 15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
  • 250 ml (1 cawan) stok ayam, rebusan sendiri
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak

  1. Masak mi segera bersama stok ayam selama 2 minit. Toskan dan letakkan ke tepi.
  2. Masak sayur campur di dalam air rebusan selama 2 minit di dalam kuali. Toskan dan letakan di tepi.
  3. Campurkan kesemua sayur campur, mi, telur, susu dan keju dan gaul sebati.
  4. Tambahkan perasa dengan garam dan lada putih.
  5. Campurkankan bahan-bahan menggunakan garpu.
  6. Panaskan minyak di dalam kuali. Tuangkan campuran ke dalam kuali.
  7. Gunakan garpu untuk meratakan mi dan sayur-sayuran.
  8. Masak menggunakan api sederhana selama 3 minit atau sehingga telur hampir masak.
  9. Letakkan di atas gril selama 5 minit atau sehingga bahagian atas menjadi sedikit keperangan.
  10. Biarkan sejuk dan potong kepada beberapa bahagian. Hidangkan.

Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.
Sources : Keluarga baru 

Thursday, June 19, 2014

Tortilla Wrap Ringkas


Anak-anak kecil memang cerewet bila bab makan sarapan pagi. Kalau asyik dihidangkan bijirin segera dan susu sahaja tentu mereka juga bosan. Apa kata sediakan sarapan mudah yang berkhasiat untuk mereka.
Hidangan: 2 orang
Masa: 20 minit

Bahan-bahan:
2 keping tortilla wrap
isi ayam (potong dadu)
½ biji bawang besar (cincang)
2 biji telur
1 sudu kecil sos barbeque
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Daun salad
Minyak zaitun untuk menggoreng

Cara menyediakan:
1.Perap isi ayam dengan sos barbeque selama 3-5 minit.
2.Panaskan kuali dan tumis bawang besar. Biarkan seketika kemudian masukkan ayam yang diperap.
3.Setelah ayam masak, sejukkan ia dan goreng telur hancur seperti biasa.
4.Gaulkan ayam dan telur hancur tadi bersama sedikit garam dan lada sulah. Gaul sebati.
5.Kemudian gunakan kuali leper anda untuk panaskan tortilla. Gunakan api yang perlahan. Satu minit untuk setiap bahagian tortilla yang dipanaskan.
6.Setelah dipanaskan, letakkan daun salad di atas tortilla. Kemudian letakkan campuran ayam dan telur tadi di atas daun salad.
7.Balut tortilla anda mengikut citarasa sendiri. Boleh juga ditambah sos tomato dan mayonis untuk rasa yang lebih menarik.
8.Siap untuk dihidangkan.


Resepi from : Pa & Ma

Wednesday, June 4, 2014

Resepi Anak - Sup Makaroni




Bahan-bahannya :
1 cawan makaroni (direbus terlebih dahulu)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
100gm isi ayam (dipotong kecil)
1 biji kentang bersaiz kecil (dipotong dadu)
½ biji lobak merah (dipotong dadu)
1 mangkuk kecil brokoli (dipotong kecil)
Garam secukupnya
Sedikit daun sup (dihiris halus)
Air secukupnya
Cara Membuatnya :
1. Mula-mula masukkan air ke dalam periuk dan rebus ayam, lobak merah dan kentang bersama bawang putih.
2. Apabila lobak merah dan kentang sudah empuk, masukkan pula makaroni dan tambahkan dengan sedikit garam. Biarkan seketika sehingga sup mendidih dan padamkan api.
3. Hidangkan bersama daun sup.


Credit to : Google image & Pa & ma