Showing posts with label Tips Pemakanan. Show all posts
Showing posts with label Tips Pemakanan. Show all posts

Wednesday, June 4, 2014

Anak Sukar Minum Air

Selain cerewet makan, kanak-kanak juga sukar apabila disuruh minum air terutama air masak. Seperti diketahui keperluan air sangat penting untuk tubuh badan manusia. Badan manusia memerlukan air untuk meneruskan proses penghadaman dan perkumuhan. Kekurangan cecair dalam badan akan membuatkan suhu badan meningkat serta mudah mendapat masalah sembelit dan jangkitan kuman pada saluran air kencing.

Si kecil memang tidak peduli semua itu. Mereka asyik bermain tanpa memikirkan masalah yang bakal dihadapi. Jika tidak disuruh bahkan sehingga tahap memaksa untuk minum mereka tidak kisah untuk minum air.

Biasanya mereka lebih gemar minum minuman yang manis dan sejuk sahaja. Bagaimanapun terlalu banyak minum minuman manis juga tidak elok untuk kesihatan badan. Menyuruh anak minum air masak kadang kala menjadi tekanan kepada ibu bapa.

Bagaimana mengatasi masalah ini? Cuba bebeberapa tip berikut yang mungkin mendatangkan hasil sekaligus memudahkan si kecil minum air demi kesihatannya.
  1. Sediakan minuman
Jika sedang bermain, kanak-kanak terlupa keperluan mereka yang sedang dahaga. Jika boleh mereka tidak mahu meninggalkan alam bermain biarpun sesaat. Oleh itu sebagai ibu bapa kita perlu mengingatkan mereka tentang keperluan berhenti seketika untuk minum air. Sediakan minuman agar anak lebih mudah untuk meneguknya.

  1. Sediakan bekas minuman kegemaran
Bukankah kanak-kanak gemarkan sesuatu yang menarik, maka ambil kesempatan ini untuk menyediakan bekas minuman yang bermacam rekaan, corak dan warna serta dihiasi karektor kartun kegemaran mereka.  Tentu sahaja cara ini dapat menarik perhatian mereka untuk minum air.

  1. Penggunaan straw lebih mudah
Oleh kerana mereka sukar untuk minum air, penggunaan straw untuk menyedut minuman juga boleh membantu usaha menyuruh anak minum. Tentu sahaja cara ini lebih memudahkan tugas anda kerana tiada risiko air tertumpah akibat mereka hendak cepat.

  1. Ajar berdikari
Sekiranya anak anda sudah melangkah ke prasekolah, seeloknya anda mula mendisiplinkan dia dengan rutin minum air sendiri. Secara tidak langsung ia mengajarnya berdikari. Tetapi anda perlu menyediakan tempat mengambil air yang mudah diuruskan sendiri tanpa bantuan anda.

  1. Jangan tawarkan pelbagai perisa
Jika anda menawarkan antara air masak dan jus buah, tentu sahaja si kecil memilihh minuman yang berperisa. Oleh itu dalam sehari, tetapkan waktu yang dia mesti minum air masak secukupnya sebelum masa-masa tertentu untuk minuman jus atau perisa lain.


Sources : Google


Tip Anak Gemar Sayur

“Adik kena makan sayur kalau nak kuat macam Superman tau,” begitu ayat pancing yang sering dituturkan oleh si ibu kepada anak kecil yang tidak mahu makan sayuran.

Kebiasaannya si anak akan berfikir seketika sama ada hendak menjadi kuat seperti superhero pujaan atau membiarkan sahaja kata-kata ibu. Ada ibu yang bernasib baik apabila si kecil dengan pantas makan sayuran tersebut kerana terpengaruh dengan kata-katanya tetapi ada juga yang langsung tidak terkesan dengan pujukan ibu.

Seringkali kita mendengar ibu mengomel mengenai anak kesayangan yang tidak suka menjamah sayur-sayuran yang dihidang. Bagaimana hendak membesar dengan sihat jika sayur langsung tidak mahu dimakan. Risaunya ibu! Sudah bermacam dipujuk tetapi mereka tetap tegar menolak sayur.

Walaupun mungkin bagi sesetengah ibu, sudah mempraktiskan tip mengajak anak makan sayuran tetapi dikongsikan lagi beberapa tip yang mungkin boleh diguna pakai sekali lagi.

Sembunyikan sayuran
Menghidangkan sayuran secara terus kepada anak-anak bukan satu langkah yang tepat. Di sini anda memerlukan taktik untuk mengumpan mereka. Apa kata sembunyikan sayuran tersebut di sebalik makanan kegemaran mereka seperti ayam, ikan, daging, udang dan sebagainya. Secara tidak langsung mereka tetap mendapat khasiat sayuran tersebut tanpa sengaja.

Hiasan menarik
Anak kecil memang mudah terpengaruh dengan sesuatu yang menarik. Mungkin warna dan bentuk sayuran yang hijau dan rasanya yang agak pahit tidak menarik perhatian mereka. Apa kata anda menjadi kreatif dengan mencipta pelbagai bentuk menggunakan sayur-sayuran untuk menarik minat mereka menjamahnya. Mana tahu idea ini menjadi!

Jus buah dan sayur
Kanak-kanak amat menggemari jus buah-buahan. Mungkin rasanya yang masam manis serasi dengan citarasa mereka. Oleh itu gunakan kelebihan ini untuk menggabungkan buah dan sayuran dalam bentuk jus. Selain boleh dihidang sebagai jus segar, anda boleh juga membekukan sehingga menjadi aiskrim dan pasti si kecil lebih tertarik untuk mencuba.


Credit to : Google & Pa & Ma