Tuesday, June 3, 2014

Cara & Petua Mengatasi Selsema pada bayi


Apa punca selesema?

Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. 

Selalunya selesema merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda. 

Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus. 

Bagaimanakah saya boleh merawat selesema?

Tidak banyak yang boleh anda lakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C). 

Jika badannya panas, anda boleh berikan dia cecair parasetamol di bawah pengawasan doktor. Jangan berikan dia sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Jika umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan, dan ubat batuk sama kesannya dengan sirap yang tidak mengandungi sebarang ubat untuk melegakan simptom. 

Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya: 



  • Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.
  • Laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung bayi.
  • Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.
  • Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.

Petua untuk menghilangkan selsema
petua ini boleh digunakan agar sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan selsema bayi anda.
  1. Makan madu asli.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat boleh tambah air sikit.
  2. Guna kunyit hidup. Gosok kuyit hidup dekat belakang lesung batu atau mana-mana  permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk,ambik serbuk tu dan letak di bahagian batang hidung bayi.
  3. Sama macam no2 gosok kunyit sampai keluar serbuk kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.
  4. Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.
  5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya.
  6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selsema selepas mandi.


Selesema adalah sebahagian daripada kehidupan. Setelah anda berjaya mengharungi selesema bayi anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan jika ia dijangkiti lagi. 



Credit to : Google & www.babycenter.com

No comments:

Post a Comment