Wednesday, June 4, 2014

Apabila Si Kecil Muntah

Muntah adalah masalah normal yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak bahkan sejak mereka usia bayi lagi. Apabila anak muntah, dia mengeluarkan kebanyakan kandungan isi perutnya. Muntah juga mungkin menjadi petunjuk anak anda sedang mengalami kesakitan tertentu.

Bawa anak anda berjumpa dengan doktor apabila anak muntah dan kelihatan luar biasa mengantuk, mengeluarkan muntah yang berwarna kuning kehijauan, muntah berulang kali selama lebih daripada enam jam dan menunjukkan tanda penghidratan. Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan apabila berhadapan dengan situasi anak muntah.

  1. Pegang anak dan tadahkan sebuah mangkuk berhampiran mulutnya. Tenangkannya ketika dia sedang muntah. Sokong kepalanya dengan meletakkan sebelah tangan anda pada dahinya dan tangan sebelah lagi pada perutnya, betul-betul di bawah tulang rusuknya.

  1. Selepas anak selesai muntah, tenteramkan anak, lap mukanya dan bersihkan sekeliling mulutnya dengan kain bersih.

  1. Beri anak sedikit air untuk membilas mulutnya atau bantunya menggosok gigi bagi menghilangkan rasa kurang menyenangkan selepas muntah.

  1. Biarkan anak berehat di atas katil selepas muntah. Dia mungkin hendak berbaring dan tidur seketika. Cuci mangkuk dan letak berhampiran dengannya sebagai persediaan jika dia hendak muntah lagi.

  1. Pastikan anak anda minum banyak air. Dia memerlukan 1 hingga 1 ½ liter air sehari. Jika anak mengalami penghidratan, bancuh minuman glukosa dan garam dan berinya sedikit setiap jam.

Sekiranya anak enggan menggunakan botol, cuba beri menggunakan sudu atau penitis ubat.
Jika anak muntah dengan kerap, dia mungkin mengalami gastroenteritis (keracunan makanan) iaitu suatu jangkitan di dalam perut dan usus yang disebabkan oleh makanan yang tercemar.


Credit to :  Pa & Ma

No comments:

Post a Comment