Perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental dan sosial yang dapat dijangkakan dalam kehidupan bayi. Perkembangan adalah faktor penting buat mereka. Berikut adalah panduan ringkas mengenai si kecil anda.

  • Anak berumur 12 bulan sehingga 36 bulan (3 tahun) adalah unik. Pada usia ini mereka baru belajar mengenal diri sendiri dan membangunkan kemahiran diri.

  • Pada tempoh masa ini juga mereka akan belajar bertatih dan bercakap.

  • Pada usia ini, karakter mereka menawan hati yang melihatnya. Pastinya ibu bapa akan tersenyum melihat gelagatnya.

  • Memang pada usia ini anak kecil ini aktif. Tetapi mereka tidak boleh dilabelkan sebagai nakal.

  • Penerokaan juga menjadi agenda utama kanak-kanak pada usia ini. Ini kerana sikap ingin tahu, mencuba dan merasa menjadi keinginannya. Contohnya perkembangan kreativiti membantu anak menjadi seorang yang kreatif. Sediakan alat tulis untuk melakukan aktiviti yang menjana mindanya.

  • Perkembangan fizikalnya telah menjadi lebih baik daripada sebelumnya iaitu berlari lebih laju, boleh memanjat, mengimbangi diri dan lebih stabil imbangan badannya.

  • Kerenahnya juga semakin  menjadi-jadi seperti menjadi seorang yang cerewet seperti seperti memilih makanan yang sedap sahaja, tidak mahu makan sayur dan suka makan makanan manis.

  • Sudah pandai memilih pakaian dan permainan kesukaannya. Dia akan menunjukkan koleksi yang disukainya sambil berkata, ‘cantik’

  • Bermain dengan emosi dengan anda apabila pandai merajuk apabila lambat membuat susu untuknya dan mahu pula dipujuk oleh anda.

  • Mereka ini cukup terkenal dengan ‘buat perangai’ atau menunjukkan tantrum. Hal ini berlaku disebabkan lapar, letih, sakit, cemas atau iri hati dengan adik-beradik yang lain. 

10 panduan ringkas mengenai si kecil anda