Thursday, May 29, 2014

Aktiviti Menarik Bersama Anak


Apabila kita bersetuju untuk membataskan penggunaan alat-alat digital (seperti ipad, smartphone dan sebagainya) kepada anak-anak kita, maka kita perlu memberi alternatif kepada mereka kerana secara umumnya, anak-anak memerlukan aktiviti dan kegiatan untuk mengisi masa-masa energetik mereka di siang hari.

Berikut ini adalah beberapa kegiatan dan aktiviti yang boleh menarik perhatian anak-anak kecil untuk dilakukan bersama-sama ibu bapa.


  • Memasak bersama


  • Projek bercucuk tanam
  • Menghias rumah & Membersihkan rumah bersama
  • Mencuci kereta bersama
  • Membuat kraft tangan

Bagi ibu bapa yang belum biasa, kehadiran anak-anak dalam kegiatan sehari-hari akan terasa seperti mengganggu, sehingga kita merasa perlu untuk membuat permainan khusus yang tidak ada kaitannya dengan pekerjaan rumah tangga. Namun percayalah, ini akan menjadi satu rutin yang menyeronokkan apabila kita telah terbiasa. Dan bonusnya, anak-anak pun akan terbiasa melakukan kegiatan rumah tangga dengan sukarela.


Sumber & gmabar hiasan  : Google 

No comments:

Post a Comment